Thursday, August 14, 2008

KEK COKLAT KUKUS


Resepi kek coklat ini yg skrg aku dok buat selalu sbb senang dan terbukti sedap... bahan2nya pun biasa2 ajer... cubalah u all... pasti puas hati...

Bahan2:
1 1/2 biji butter (250 gm + 125 gm)
2 cawan gula halus
1 tin susu cair
4 biji telor
2 cawan tepung gandum
1 cawan koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla

Cara2:
Cairkan butter dlm periuk, kemudian masukkan susu cair, esen vanilla dan gula,
Kacau perlahan hingga semua hancur dan sebati. Kemudian tutup api dan biarkan
adunan suam. Selepas itu masuk telur yg telah dipukul dahulu kedalam adunan.
Satukan dan ayak tepung, koko, baking powder dan soda bikarbonat,
Kemudian campurkan semua bahan kering kedalam adunan tadi. Kacau sebati hingga rata
Kemudian kukus selama 1 1/2 jam.

(acuan hendaklah di sapu minyak kemudian di lapik dengan kertas minyak supaya
Senang untuk dikeluarkan kek dari acuan nanti. Dan juga tutup permukaan acuan kek
Dengan foil paper supaya air kukusan tidak jatuh ke atas kek.)

Sumber: Forum Cari

No comments: