Kali ini aku nak bagi resipi yg terkenal di Pahang dan biasanya dipanggil gulai masam. Lazimnya bahan utama yg digunakan ialah ikan patin tapi kan aku ni tak minat sgt ikan sungai... so aku akan tukar ke ikan kembung ahaksss.... meh tgk resepi nya, mudah bangat...
Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung, potong 2
1/2 inci kunyit
10 biji cili padi
1 senduk tempoyak
air
10 biji kacang bendi
daun kesom
garam
Cara2:
1. Tumbuk kunyit dan cili padi hingga hancur.
2. Masukkan cili dan tempoyak dalam periuk, masukkan ikan pas tu masukkan air sampai cukup2 cover utk ikan.
3. Biarkan sampai mendidih dan masukkan bendi. Last sekali masuk garam secukup rasa dan daun kesom kasi wangi.
Itu aje, selamat mencuba..
Monday, August 18, 2008
Thursday, August 14, 2008
KEK COKLAT KUKUS
Resepi kek coklat ini yg skrg aku dok buat selalu sbb senang dan terbukti sedap... bahan2nya pun biasa2 ajer... cubalah u all... pasti puas hati...
Bahan2:
1 1/2 biji butter (250 gm + 125 gm)
2 cawan gula halus
1 tin susu cair
4 biji telor
2 cawan tepung gandum
1 cawan koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
Cara2:
Cairkan butter dlm periuk, kemudian masukkan susu cair, esen vanilla dan gula,
Kacau perlahan hingga semua hancur dan sebati. Kemudian tutup api dan biarkan
adunan suam. Selepas itu masuk telur yg telah dipukul dahulu kedalam adunan.
Satukan dan ayak tepung, koko, baking powder dan soda bikarbonat,
Kemudian campurkan semua bahan kering kedalam adunan tadi. Kacau sebati hingga rata
Kemudian kukus selama 1 1/2 jam.
(acuan hendaklah di sapu minyak kemudian di lapik dengan kertas minyak supaya
Senang untuk dikeluarkan kek dari acuan nanti. Dan juga tutup permukaan acuan kek
Dengan foil paper supaya air kukusan tidak jatuh ke atas kek.)
Sumber: Forum Cari

Aiskrim Coklat Cheese Kek
Cheesecake ni selalu gaks aku buat sbb dia senang, xyah bakar @ kukus... just freezekan je.. sedap dan mmg selalu org puji esp time aku keje kat FSBM dulu....
Bahan-bahan :
2 kotak Philadelphia krim cheese
1/3 butter (pastikan yang 'unsalted' sahaja)
1/3 cawan gula pasir
1 blok cooking chocolate
2 paket biskut morning coffee (bentuk 4 segi - Jaya Jusco shj ada,Giant + Carefour tak ada) @ royal short bread (brand Tye Hong)
1 mug susu kotak Dutch Lady fresh milk
2 keping foil aluminium
Cara membuatnya :
Mix krim cheese, butter dan gula pasir sehingga adunan kembang. Susun biskutdi atas foil dlm susunan 5 x 3. Terlebih dahulu biskut dicelup satu persatu seketika di dalam susu segar kemudian disusun di atas foil. Setelah biskut disusun, sapukan pula adunan cheese tadi sehingga rata ke atas lapisan biskut tadi. Selang selikan lapisan biskut dan cheese sehingga habis.Kemudian bungkus foil tersebut berbentuk segitiga dan mampatkan. Masukkan dalam peti sejuk selama 3 jam (tempat beku) atau semalaman (tempat biasa).Kemudian bolehlah dikeluarkan dan buka semula foil. Cairkan cooking coklat dan tuangkan ke atas adunan biskut dan cheese tadi. Golekkan ke kiri dan kekanan bagi memastikan semua bahagian disaluti coklat. Kemudian angkat dan letakkan ke dalam kepingan foil yang baru. Bungkus semula dan mampatkan.Akhir sekali masukkan semula ke dalam peti sejuk. Setelah sebati bolehlah dikeluarkan dan bolehlah dihidangkan. Tidak perlu dibakar atau dikukus.Mudah bukan.

Sotong Goreng Tomyam
Foto dari http://hanieliza.fotopages.com Resepi ni aku dah pernah cuba, mmg sedap... so sapa2 yg nak try, bolehlah follow resepi nie...
Bahan-bahan:
300 gram sotong ( potong ikut suka )
1 labu bawang besar
1 inci halia
5 ulas bawang putih
3 batang serai
7 tangkai cili api
3 helai daun limau purut
2 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk kunyit & garam ( perap )
minyak untuk menumis
Cara:
1. Sotong dibersihkan, dipotong ikut suka kemudian diperap dengan sedikit garam dan kunyit.
2. Mayang bawang besar, bawang putih dan halia. Serai dititik. Bahan-bahan ini ditumis dalam kuali hingga layu dan naik bau. Masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau sekejap, tutup kuali dan perlahankan api.
3. Setelah dibiarkan selama 3 minit, kacau lagi. masukkan daun limau purut, cili api dan sos tiram. Kacau lagi. Apabila kelihatan agak masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Sumber: CARI Forum

Sotong Masak Hitam Manis
Bahan-bahan:
300 gm sotong hidup
1 batang serai diketuk
2 sudu makan kicap
2 sudu makan bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk2
lembar daun limau purut
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Cara:
Sotong dibersihkan kemudian dipotong-potong kecil, dibasuh dan toskan airnya. Pijarkan sedikit minyak di dalam periuk kemudian tumiskan bahan yang sudah ditumbuk bersama dengan kicap, kacau hingga rata. Kemudian masukkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan sotong, garam serta serbuk perasa secukupnya. Sesudah mendidih sekali lagi, bolehlah diangkat.
Sumber: Buku Pandai Memasak

Sotong Goreng Santan
Bahan-Bahan:
1 kg sotong besar
1 biji kelapa, diambil santan pekat
1 senduk minyak untuk menumis
2 camca sedang air asam jawa
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Bahan-bahan digiling:
15 tangkai cili kering
2 sm halia
2 sm kunyit
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sm belacan
Cara:
Sotong dibuang kulit nipisnya, dibersihkan dan disejat. Panaskan minyak di dalam kuali, Tumis bahan-bahan giling hingga wangi. Masukkan air asam jawa. Kacau hingga rata. Masukkan sotong dan santan pekat. Apabila mendidih masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Masak hingga kuah pekat.
Sumber: Majalah Jelita April 1992

PANDAN KAYA BREAD
Bahan-bahan :
(A)
300g tepung roti
2 sudu kecil yis kering
45g gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar susu tepung
(B)
1/2 biji telur (sebiji telur kecil)
60ml santan
1/2 sudu besar jus pandan
sedikit pewarna hijau
105ml air
(C)
20g shortening
(D)
130g kismis
Topping
30g mentega
30g gula
60g tepung gandum
Kaedah penyediaan :
1. Adun (A) hingga sebati.
2. Campurkan (B), uli hingga menjadi doh.
3. Tambah (C), uli hingga doh menjadi lembut dan licin.
4. Tambah (D), adun hingga sebati. Biarkan doh naik, lebih kurang 50 - 60 minit.
5. Topping : Campurkan mentega dan gula hingga sebati. Tambahkan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. Ketepikan atau simpan di dalam peti ais.
6. Bahagikan dok kepada bebola seberat 15g. Aturkan separuh dari adunan tersebut di dalam loyang roti (L 20cm x W 10cm x H 8.5cm) yang telah digris. Letakkan doh yang selebihnya di atas doh yang telah diatur tadi. Resipi ini menghasilkan dua buku roti.
7. Biar doh naik selama 45 minit atau dua kali ganda saiz asal. Sapukan telur di atasnya dan taburkan topping.
8. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada 175 C selama 25 - 30 minit. Sedia untuk dihidangkan. Note : Mama buat separuh adunan!
Sumber : Mr Alex Goh

Subscribe to:
Posts (Atom)