Thursday, August 14, 2008

Aiskrim Coklat Cheese Kek

Cheesecake ni selalu gaks aku buat sbb dia senang, xyah bakar @ kukus... just freezekan je.. sedap dan mmg selalu org puji esp time aku keje kat FSBM dulu....

Bahan-bahan :
2 kotak Philadelphia krim cheese
1/3 butter (pastikan yang 'unsalted' sahaja)
1/3 cawan gula pasir
1 blok cooking chocolate
2 paket biskut morning coffee (bentuk 4 segi - Jaya Jusco shj ada,Giant + Carefour tak ada) @ royal short bread (brand Tye Hong)
1 mug susu kotak Dutch Lady fresh milk
2 keping foil aluminium

Cara membuatnya :
Mix krim cheese, butter dan gula pasir sehingga adunan kembang. Susun biskutdi atas foil dlm susunan 5 x 3. Terlebih dahulu biskut dicelup satu persatu seketika di dalam susu segar kemudian disusun di atas foil. Setelah biskut disusun, sapukan pula adunan cheese tadi sehingga rata ke atas lapisan biskut tadi. Selang selikan lapisan biskut dan cheese sehingga habis.Kemudian bungkus foil tersebut berbentuk segitiga dan mampatkan. Masukkan dalam peti sejuk selama 3 jam (tempat beku) atau semalaman (tempat biasa).Kemudian bolehlah dikeluarkan dan buka semula foil. Cairkan cooking coklat dan tuangkan ke atas adunan biskut dan cheese tadi. Golekkan ke kiri dan kekanan bagi memastikan semua bahagian disaluti coklat. Kemudian angkat dan letakkan ke dalam kepingan foil yang baru. Bungkus semula dan mampatkan.Akhir sekali masukkan semula ke dalam peti sejuk. Setelah sebati bolehlah dikeluarkan dan bolehlah dihidangkan. Tidak perlu dibakar atau dikukus.Mudah bukan.

1 comment:

yurn said...

kak reen letak le gambo..:P